tapi pada raya pertama tahun 2006, keadaan sangat berbeza berbanding raya pertama yang lepas-lepas.. bangun pagi-pagi berebut nak mandi... berebut nak gosok baju.. makan pagi sama-sama.. salam ramai-ramai dgn berlinangan air mata.. solat sunat raya.. ziarah kubur saudara..berkunjung rumah sanak saudara..tapi itu semua adalah kenangan yang lepas.. hakikatnya pagi raya pertama tahun 2006 keadaan tu semua tak ada lagi...
Sebulan sebelum Bulan Ramadhan, cek terlantar.. tak leh nak bangun.. nak tido malam pon tak boleh...dia sakit asma..semua aktiviti dia hanyalah ditempat pembaringan tu ajer.. kurus tak leh nak ceritalaa..yer laa makan bukannya berselera sgt.
Masuk jer bulan Ramadhan, dia kuatkan untuk berpuasa. Alhamdulillah.. Tuhan Maha Kaya, dengan keizinanNya, cek sihat seperti dulu2.. boleh puasa, boleh bangun, boleh berjalan di kawasan rumah.. dan paling menggembirakan dia dah boleh menunggang motor.. emmm cek dah sihat dah..dan akhirnya dia berjaya puasa penuh.
Sehari sebelum raya, Cek tanya semua dah bayar zakat fitrah dah ko..? aku pon termasuk lah juga dalam senarai yang tak berbayar lagi tu..hari tu dia pegi bayar zakat kami adik-beradik yang mana tak bayar lagi.. naik motor pegi bayar kat masjid pagi-pagi lagi.. lepas tu terus cari daun ..emmm tak ingat nama daun tuh.. daun nak buat lemang tuh.. balik sempat buat lemang bersama anak-anaknya. kami yang perempuan sibuk buat kuih raya dan ketupat kat dapur.. tak sempat nak borak-borak ngan dia.. masing-masing ada kerja.. masa kami tengah buat ketupat dia pesan, belajarlah mewarisi kemahiran membuat ketupat, nati bila tak dok org tua, susah.. dia gelak-gelak bila tengok anak-anaknya terkial-kial nak bungkus ketupat.
sehari sebelum raya, dia minta masakkan dia sup tulang..gearbox.. adik aku pagi-pagi lagi dah pegi beli dah..mungkin itulah sup tulang terakhir, yang sememang kegemarannya. pada hari tu juga dia minta semua anak-anaknya berkumpul ramai untuk berbuka puasa sebab esok dah nak raya.. jadi juadah berbuka hari tu, banyaklaaa istimewanya.. air untuk berbuka pon ada pelbagai2.. air kelapa, air tebu dan sebagainya..
Penuh rumah, yerlaa umah bukannya besar mana pon, adik beradik ramai.. penuh dan suasananya riuh sungguh waktu berbuka.. cek buka puasa masuk group anak-anak perempuan kat dapur, yang lain-lain group kat ruang tamu. cek berbuka dengan air tebu, kurma, kuih dan terus menjamu selera dengan sup tulang kegemarannya tu. dia makan sikit jer.. sekejap ajer dia kata dia dah siap.. dan terus berundur ke tempat pembaringan masa sakitnya untuk sembahyang maghrib. tiba-tiba dia kata dia lelah... tak leh bernafas.. kalut kami masa tu, terus urut cek.. dia dah berpeluh.. tanya dia nak g spital tak? dia kata nak. abang aku terus dukung dia naik kereta..cepat-cepat adik lelaki aku pandu keter.. abang aku bagitau dalam perjalanan gigi palsu cek jatuh... dia dah rasa lain dah.. sampai hospital dia terus telefon mak bagitau cek lain macam ajer.. tak sama macam yang dia sakit sebelum2 ni..Ya Allah apa dah jadi..cepat-cepat kami adik beradik sembahyang maghrib.. terus ke Hospital Kuala Krai.. sampai ajer, abang bagitau cek kat kecemasan.. dia kata cek tenat.. terus aku dan adik-adik sebak... masuk nak tengok.. nampaklah dia dah dipakaikan oksigen..doktor minta kami semua keluar.. perasaan kami masa tu hanya Allah saja yang tahu.. kami mohon kepada Allah panjangkan umur cek.. kami baca Yassin. pukul 8.15 malam.. mak keluar maklumkan cek dah tak ada..Innalillah. kami jadi tak tentu arah.. adik lelaki aku bagitau, kita patut bersyukur, Allah amik nyawa cek dalam bulan yang baik, kita semua adik beradik dah berkumpul. maknanya Allah menyenangkan urusan kita. Alhamdulillah... dia minta kami semua balik, kemaskan kat umah, sebab yang lelaki harus menguruskan jenazah cek dihospital. Alhadulillah, semua urusan berjalan dengan lancar dan cepat.
Malam itu, tersangatlah ramai yang datang menziarahi jenazah..jiran-jiran terkejut, baru petang tadi tengok cek menunggang motor..emmm..Malam tu, kami semua adik beradik tak tidur,masing-masing bergilir-gilir menemani Jenazah cek dengan baca Yassin dan Al-Quran. tiada lagi persiapan untuk menyambut hari raya.. semua bersedih tapi redha dengan pemergian cek tersayang..
Pagi raya, tiada lagi saat-saat manis seperti yang dulu-dulu..baju raya yang bertemakan kaler hijau suram begituu ajer.. yang ada hanyalah suara bacaan yassin dan surah lain-lain..mungkin dalam kampung tu, kamu sekeluarga sahaja yang bersedih di pagi raya yang mulia.. Alhadulillah, jenazah arwah cek selamat dikebumikan sebelum Zohor. Aku bersyukur pada Allah kerana semuanya selamat dan berjalan lancar.
Cek, sungguh rindunya aku pada dia...mungkin setakat ini coretan yang boleh diabadikan. Semoga Haji Kasim binti Melor ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.Al-Fatihah.
2 comments:
al-fatihah buat ayah siti..
hai siti salam perkenalan gak
tq sudi singgah my blog
jom tukar link :)
jom...
Post a Comment