09 April 2013

Fakta Kutu

Fakta Tentang Kutu


ehsan : Pakcik G
 
Fakta Asas

Untuk mendapat jangkitan kutu memerlukan sentuhan dari kepala ke kepala.

Sesetengah orang tidak menunjukkan sebarang gejala, sesetengah pula berasa gatal kulit kepala.

Hanya satu cara sahaja untuk mendapat kepastian tentang jangkitan iaitu dengan membasahkan rambut, membubuh perapi pada rambut dan menyikatnya dengan sikat bergigi halus untuk mengesan kutu hidup (saiz dalam lingkungan 1-3 mm panjang).

Rawatan yang paling selamat ialah ‘penghapusan kutu’, iaitu satu regim penyikatan.

ehsan : Pakcik G




Tanda-tanda



Walaupun sangat kecil, kutu masih boleh dilihat dengan mata kasar. Tanda-tanda kutu:



Telur kutu: Telur kutu kelihatan kecil kekuningan, atau coklat sebelum ia menetas. Setelah menetas, kulitnya yang terlekat pada rambut berwarna putih atau jernih. Kutu bertelur pada rambut dekat dengan permukaan kulit, di mana suhunya adalah sesuai untuk mengekalkan haba sehingga ia menetas. Telur kutu senang dilihat pada rambut kanak-kanak. Telur kutu menetas dalam masa 1 hingga 2 minggu selepas ia dihasilkan.

Seekor kutu.

Kutu dewasa dan anak kutu: Kutu dewasa tidak besar, tidak sampai sebesar beras pun dan berwarna kelabu dan coklat. Kutu menghisap darah beberapa kali dalam sehari tetapi ia boleh kekal hidup sehingga 2 hari selepas terjatuh dari kulit kepala.



Menggaru: Menggaru dan kegatalan datang dengan gigitan kutu. Namun kegatalan mungkin tidak terus bermula – ia bergantung kepada kesensitifan kulit kepala kanak-kanak, mungkin datang setelah berminggu-minggu jangkitan. Kanak-kanak mungkin menyatakan ada benda bergerak dan rasa geli di atas kepala mereka.



Benjolan kecil kemerahan atau sakit akibat dari menggaru: Bagi sesetengah kanak-kanak, kegatalan mungkin sederhana, bagi yang selebihnya mungkin menyebabkan bintik merah dan kudis timbul. Menggaru terlalu kuat boleh menyebabkan jangkitan kuman.

Adakah Kutu Boleh Berjangkit?



Kutu adalah sangat boleh berjangkit dan boleh tersebar dengan cepat dari orang ke orang, terutamanya dalam keadaan berkumpulan (sekolah, tadika, aktiviti sukan, perkhemahan). Kutu tidak boleh melompat atau terbang. Kutu hanya boleh berjangkit dengan sentuhan kepala ke kepala, tetapi berkongsi pakaian, topi, sikat, cadar, selimut dan bantal juga boleh menyebarkan kutu.



Adakah kucing, arnab dan haiwan peliharaan lain boleh menyebarkan kutu juga? Jangan risau, haiwan peliharaan tidak boleh mendapat kutu kepala (kutu manusia) dan menyebarkan kepada manusia, dan manusia tidak boleh memberi jangkitan kutu kepala kepada mereka.

Rawatan



Doktor anda mungkin memberi rawatan syampu berubat, bilasan krim atau losyen untuk membunuh kutu. Rawatan-rawatan ini boleh membunuh kutu dengan segera, tetapi kegatalan hanya hilang selepas beberapa hari. Adalah penting untuk menurut arahan dari doktor kerana rawatan ini adalah racun. Sekiranya anak anda adalah 2 tahun dan ke bawah, anda tidak sepatutnya menggunakan rawatan ubat kutu. Anda perlu membuang kutu dengan tangan (menggunakan sikat).



Berikut adalah cara mudah untuk membunuh kutu dan telurnya, dan membantu mencegah jangkitan semula kutu:

Basuh semua cadar dan pakaian yang telah dipakai oleh sesiapa sahaja yang telah terkena jangkitan kutu di rumah anda dalam air panas, dan keringkannya di tempat panas.

Cuci kering sebarang pakaian dan permainan yang tidak boleh dibasuh dengan mesin. Atau, masukkannya dalam beg kedap udara selama 2 minggu.

Bersihkan dengan pembersih hampagas karpet dan perabot upholsteri anda (di rumah atau kereta).

Rendam barang penjagaan rambut seperti sikat, pengikat rambut dan berus dalam syampu berubat atau alcohol selama satu jam. Anda juga boleh membasuhnya dengan air panas atau buangkan sahaja ia.

Oleh kerana kutu mudah berjangkit dari seorang keseorang dalam rumah yang sama, ahli rumah juga perlu dirawat untuk mengelak dari kutu hadir semula.



Perkara Yang Anda Jangan Buat:

Jangan gunakan alat pengering rambut pada rambut anak anda selepas menyapu atau mengenakan sebarang rawatan kulit kepala kerana sesetengahnya mengandungi bahan boleh terbakar.

Jangan gunakan bilasan krim atau kombinasi syampu/perapi sebelum membubuh ubat kutu.

Jangan basuh rambut anak anda selama satu atau dua hari selepas menggunakan rawatan berubat.

Jangan gunakan ubat yang sama lebih dari tiga kali ke atas orang yang sama. Sekiranya ia tidak berkesan, doktor anda akan menyarankan ubat lain.

Jangan gunakan lebih dari satu ubat kutu pada masa yang sama.

27 December 2012

Dari Ayah untuk Kakak

Hadiah hari lahir kakak dari ayahnya yang tersayang dengan pesanan jangan berebut dengan mama lagi. ok faham...

Burung dan Kipas Syiling




korang mesti pernah jumpa gak kan burung jenis ni.. kat kampung aku, burung ni kami panggil burung cap rumah.. tap i bahasa rasminya / saintifiknya aku tak tahu namanya..Burung-burung cap rumah ni suka sangat berkeliaran...beterbangan di kawasan rumah aku. tetambah kalau sebelah pagi.. cit cit cit cit dok galok sana sini..gurau-gurau..


bila pintu rumah di buka, sesuka hati lah diorang terbang masuk keluar rumah.. yerlah rumah aku dah sedikit sebanyak macam rumah diorang... masuk keluar masuk keluar.. kalau masuk keluar saja taapa.. tapi kekadang tu time tercirit adalah juga terlepas dalam rumah aku.. bila terlepas pandang... kering garing lepasan burung tadi.. huhuhu

Adalah satu hari baru-baru ni.. kejadian ini berlaku betul-betul depan mata. dan mode aku jadi SENTAP sekejap dengan kejadian ini. tetiba perasaan jadi sedih. terkejut dan rasa kehilangan.


Sekor burung ni masuk lah dalam rumah.. terbang..terbang..hinggap kat langsir.. sempat lagi aku cakap kat anak sulung. Kakak tengok burung masuk rumah kita.. anak-anak sukalah burung masuk rumah.. dah kena kejar burung tu.. tetiba dia terbang lagi.


kemudian... zzzzzaaaaaaaaappp kena kipas.. gedebuk jatuh terus MATI... sekelip mata.. terkedu aku.. sungguh aku jadi sedih. terus aku pegi check.. yerlaa bulu banyak berterbangan.. mungkin cedera parah kot burung ni.. aku terus pegang.belek-belek cari luka..takde luka pun cuma ada kesan sikit pada belakang.. tak pun kipas tu zaapppp kepala burung.  kesian ko burung.kenapa ko terbang ke arah kipas.. kan banyak lagi haluan lain.. tadi baru aku tengok ko ceria.. Innalillah.
Inilah burung yang teraccident dengan kipas. Selamat tinggal burung.


26 December 2012

Menu Sarapan menjimatkan



Semalam sempatla aku masak spaghetti aglio Olio untuk sarapan aku anak beranak.. Asben tak ada. dia outstation 6 hari. Bila dah dengan anak, jadinya senangla...kita masak yang simple ajer. Baling-baling..campak-campak.. jadilah aglio olio ni.

JIMAT.. sebab apa..? masak sebelah pagi -à sarapan.  Bila tiba waktu tengahari à lunch dan bila waktu dah malam bertukar menjadi à dinner. JIMAT kan..? Pasti jimat dan muak... uweks!!


MAHA 2012

MAHA 2012 - Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism International Show telah berlangsung baru-baru ini pada 23 Nov - 2 Dis 2012 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia, Serdang (MAEPS).

maka dengan itu, saya bersama-sama famili brkunjung untuk meramaikan lagi orang kat situ dan juga ingin merasa suasana MAHA itu sendiri.. cuaca masa tu.. Ya Allah sgt menguji.. panas terik.. suhu tak tahu brapa derjah. kami brtolak lebih kurang jam 11 pg. ingatkan orang tak ramai lagi.. dengan harapan pegi pagi ni mudah laa sikit nak masuk..tak perlu beratur panjang... tapi sampai situ... sebaliknya....itulah tandanya betapa hebat MAHA ni... orang tak tahu dtg dr mana...

 
Niat utama berkujung adalah nak beli pokok buah..inilah 3 pokok sempat kami beli. pokok rambutan jenis anak sekolah..pokok mangga lemak.. dan dapat percuma pokok cempedak. semuanya RM30.00



Kemudian, Masuk pulak khemah pokok bunga-bunga ..terbelilah bunga daisy.. rabun mata masa tu sebab byk sgt pokok bunga yang cantik menarik... linilah rupanya daisy merah menyala tu. 



Dan tak sampai dua minggu .. ni laa dia yang terjadi kt pokok bunga daisy tu.. taara..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
kering garing!

21 December 2012

Selamat Hari Lahir D1


SARAH
21 Disember 2012


SURAH ALI-IMRAN AYAT 38
رَبِّ هَبْ لِى مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَآءِ
Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan”.
SURAH AS-SAAFAT AYAT 100
رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ
Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.
(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)



Sewaktu kecil anak-anak lelaki menjadi perhiasan mata kerana lucunya,kerana dia tupuan harapan,maka setelah dia besar, dia menjadi kebanggaan kerana kejayaan hidupnya.
 
Ikhlas dan sejati akan bertemu di dalam senyuman anak kecil,senyum yang sebenarnya senyum,senyum yang tidak disertai apa-apa. ( Hamka )
 
..MAMA,AYAH,ADIK,BABY SAYANG KAKAK SELAMANYA..

20 December 2012

Kenikmatan Durian Crepe (DC)




Emm.. DC.. saya dah rasa.. anda sudah rasa?

wallah... betapa sedapnya rasa DC ni.. sedaplah...! nak terang rasa pon susah sikit.. baik uols semua rasa sendiri.. bila gigit DC... bila kunya DC.. bila menelan DC... ttambah DC yang sejuk.. memang mabeles laaaa..


Sekarang kalau kita tengok kat dlm FB, Twitter, Blog DC adalah antara desert yang menjadi kegilaan.. memang fofular... memang hangat.. semua orang macam nak merasai DC ni.. lagi-lagi kalau isi durian tu diisi dengan isi durian Musang King bukan musang berjanggut ek, Raja Kunyit bukan raja gopal ek , D24..

Jadi, apa kata anda pasal desert ni..?

psssttt >>> kalau berminat nak menikmati DC, ai ada free delivery sekitar Putrajaya/Bangi.. sila email kalau berminat..

12 December 2012

SALAM 12.12.12

Salam.

Dah nak masuk 2 tahun blog ini dibiarkan bersendirian.. Tidak dikemaskini, tidak di ambil tahu.. buat-buat blog tidak wujud. inilah kehidupan.. ada masa rajin..malas..rajin..malas...rajin...malasss..

Jadi.. hari ni bersempena dengan tarikh satup duak satuk duak satup duak... makanya naklaa rasa ada entry untuk tarikh ni.

InsyaAllah blog ini akan bernafas kembali.kipidup kipidup!