Cikgu sekolah lama aku, cikgu Wan Mohamad meninggal dunia sebab mengalami kemalangan Jalan raya. Dia masih bujang dari dulu zaman persekolahan aku sehinggalah sekarang. Beliau seorang yang baik, murah dengan senyum.
Sama-samalah kita sedekah pada Allayarham Cikgu Wan Mad (Sek.Men.Keb(A)Wataniah, Machang, Kelantan. Inilah gambar Arwah.

Semalam (20.08.2008):
Pagi aku dikhabarkan kawan aku akan melahirkan anak yang ketiga. Alhamdulillah shila selamat melahirkan anak perempuan 3.3 kg. Tentu suka sangatlaaa mek tu sebab anak-anak yang sebelum ni semua lelaki. Apa-apa pun tahniah dari aku.
Selepas tu aku menerima email, ustaz sekolah aku dulu telah meninggal dunia. Al Fatihah. ini adalah petikan email dari kawan aku yang menerima Pesanan Terakhir dari Allahyarham.
Petang kelmarin aku pergi rumah ustaz, ziarah. semua anak-anak beliau ada kecuali yang nama Aman kerja di Sarawak. Tiket flight takdak.
"Menurut anak2 beliau, hari tu beliau sihat. Sempat lagi gi klinik. pahtu ustaz balik dalam kul 4.00. Sampai di rumah ustaz baring depan pintu sambil berbual ngan anak bongsu dia. Antara perkara yang dibualkan pasal kematian cikgu wan mat. Ustaz siap pesan kalau dia takdak, mintak anak2 dia sebarkan pasal kematian dia pada semua. Biar anak2 murid dia sedekah Al-fatihah sekali sorang.
Kul 4.30 ada orang mari mintak ubat. lepas orang tu balik dia duduk atas kerusi. Anak dia kata ustaz bagitau dia sakit dada. Pastu dia minta anak dia bagi air suam. Lepas minum air suam dia gi solat Asar. Lepas solat dia wirid. Masa tu la tiba2 anak dia nampak dia terjatuh baring perlahan lahan atas sejadah. Bila bawa g spital disahkan dia dak takder.
Anak-anak dia minta aku tolong sampaikan berita kematian arwah pada semua. So korang tolong la sebarkan. Itu pesan terakhir ustaz."
sekali lagi marilah kita sama-samalah kita sedekah pada Allayarham Ustaz Mat Zain (Sek.Men.Keb(A)Wataniah, Machang, Kelantan)
Hari ni (21.08.2008)
aku mendapat berita kematian kakak di ofis. kena serangan sakit jantung pagi tadi. Meninggal di Hospital Serdang. Orang sangat aktif dalam sukan, aktiviti masyarakat dan seorang yang peramah, tidak sombong.
Alfatihah. Semoga kalian, ditempat dikalangan orang yang beriman.
No comments:
Post a Comment