19 March 2009

Kenduri 'SOMTAM'(ส้มตำ)

SOMTAM(ส้มตำ)- pernah dengar dan pernah merasa kan? somtam adalah sejenis makan Siam mari.. alaa kerabu gitu.. siam boleh didapati dengan mudah di rantau panjang, wakaf mek zainab dan lain-lain tempat di kelantan dan juga di kedai-kedai tomyam (thai) di mana-mana..

apa aktiviti kami bila bos tak der kat ofis?
Jawapan : kami mengadakan satu mesyuarat kenduri somtam. keh keh keh.. ampes jer..

jom kita tengok mcmana nak buat somtam..?

Bahan-Bahan:
½ biji betik muda
4 ulas bawang putih
kacang tanah yang telah digoreng tanpa minyak
udang kering (agak-agak)
3 tangkai cili padi (ikut selera)
3 sudu kicap sotong
2 sudu gula kabung (warna putih dan likat)
2 sudu jus limau nipis
2 kacang panjang
1/2 tomato
kangkung

Cara:
Betik diparut. masukkan bawang putih dan cili padi ke dalam lesung kayu dan tumbuk kasar. masukkan gula kabung, jus limau nipis dan kicap sotong, gaul biar sebati. masukkan kacang tanah, kacang panjang dan tomato tumbuk kasar. dan akhir sekali masukkan betik yang telah di parut dan gaul biar sebati. Tuangkan ke dalam bekas untuk dihidangkan
Cadangan Hidangan:
Dihidangkan bersama kangkung


ini dia, betik muda yang diparut.. betik ni tak berapa nak muda sikit nih..kalau muda lagi rangup.. lagi kaw


ni laaa rupanya kicap sotong atau salty fishsauce dan gula kabung atau sugar palm.. gula ni susah sikit nak dapat di pasaran..kalau pasaran gelap ada dijual..



ni bahan2 untuk menyedap rasa...


hah, inilah dia somtam... gambar ni aku snap bila somtam dah tinggal sikit.. yerlaa sudah dimakan oleh rakan-rakanku..emmm sedap hingga menjilat jari


inilah kru-kru yang terlibat secara langsung dan tak langsung dalam proses menyediakan somtam..

2 comments:

.:RoSSiLaWaTi:. said...

nape aku takde... aku la orang kuat dalam mesyuarat somtam ni kan... nak by pass la tu... nyampah...

siti818 said...

aik bukan ker mu kuat makan tadi ek?