Syukur Alhamdulillah aku panjat ke hadrat Ilahi. sebab apa? sebabnya tak berlaku banjir kilat kat kawasan rumah aku.. terperanjat aku tengok paras air yang naik mendadak secara tiba-tiba.. dalam fikiran, nak kena siap packing apa2 yang patut ker... tapi hujan akhirnya hujan tak berlanjutan, jadi air tak sempat nak melepasi parit yang besar gaban tuh.. selamat lah kami kat Seksyen 7 tuh.. kalau tidak.. tak tahu nak kata laaSEBELUM.....
ni gambar lama yang aku snap, masa orang tengah bersukaria menjala/ mencari ikan talapia. tengok paras air kat mana..
SELEPAS.....
hah, ini gambar yang latest (14 Mac 2009). tengok tuh paras air.. sikit lagi nak melepasi paras amaran...arus air yang tersangatlah kuatnya, dan dengan sampah yang banyak memang merunsingkan aku. tapi akhirnya, tiada kebanjiran yang berlaku. ALHAMDULILLAH.
No comments:
Post a Comment