baca dulu sebelum tengok gambar-gambar
mungkin aku terlambat membuat entry ni... taapalaa.. janji dalam bulan mei lagi.. mungkin ada yang tahu pasal kisah ni.. kisah terjadi pada sarah.. dah lama kan... tapi kesannya ada lagi.
Selepas sehari tarikh hari lahir ku iaitu pada 5 Mei 2008 yang lepas sarah ditakdirkan terkena curahan air panas.. peristiwa tu dah genap setahun dah.. pada 5 Mei 2009 baru-baru ni. Masya Allah.. tak leh nak dibayangkan perasaan aku masa tuh.. mungkin semua boleh fahamkan perasaan ibu macam mana.. ini bukan salah siapa, tapi takdir yang menentukan. maknanya semua dah tersurat.kita sebagai umat kena terima dengan hati yang redha dan perlu tabah dengan dugaan dari ALLAH.
cerita nya macam ni, pada pagi 5 Mei lebih kurang jam 6.30 pagi aku bersiap-siap nak pulang ke KL selepas beberapa hari bercuti di Kampung sempena cuti Hari Pekerja. Pagi tu, emak aku tolong mandikan Sarah. Umur Sarah masa tu 4 Bulan. Mandi pagi-pagi buta ni kenalah mandikan dengan air suam.. terlebih dahulu air mandian sarah telah aku sediakan dan aku juga sedia 1 jag lagi air panas.. manalah tau kot air mandian yang aku sediakan tu sejuk.. bolehlaa mak aku tambah-tambahkan..
tiba-tiba aku terdengar suara jeritan sarah yang teramat-teramat kuat sangat.. terkejut aku.. rupa-rupanya, mak aku tersalah ambil air panas tu dan terus dijirus dibelakang sarah.. Ya Allah... aku tak tahu nak buat apa masa tuh.. tuhan saja yang tahu perasaan.. takkan nak marah emak.. aku amik sarah dan terus comorkan minyak gamak, aku pon tak tahu tindakan aku tu tak berapa betul rupanya.. sepatutnya bila terkena air panas atau minyak panas atau api, perlulah diletak dibawah arus air selama lebih kurang 20 minit. bagi nak mengelakkan kulit dari melecur.
kami anak beranak terus bergegas ke Hospital Kuala Krai, masa ni kulit sarah hanya merah saja.. doktor terus sapu krim bagi tujuan menyejukkan kawasan yang berkenaan. dan doktor sarankan Sarah dihantar ke Hospital USM, Kubang Kerian kerana kawasan melecur akan luas dan perlu dirawat oleh doktor pakar kebakaran. aku, sarah dan ditemani emak naik ambulan ke KB, masa tu kulit sarah dah mengelembung berisi air..
kesian kat emak, dia rasa bersalah sangat.. dia kata kenapa dia buat cucu dia begitu.. dia nak mati ker..? dia menyesal sangat.. dia kata bunuhlah dia sebab dia buat sarah gitu.. aku pun menangis gak.. aku kata bukan salah mak, dah nak dtakdirkan sarah jadi begini.
Sarah ditempatkan di wad Khas kebakaran dan pelawat tidak dibenarkan masuk kecuali ibu dan ayah sahaja. Sepanjang Sarah dihospital, emak sentiasa ada dihospital walaupun emak tak dibenarkan melawat cucunya tapi disebabkan hati yang tak senang dia datang juga..
7 hari sarah berada di wad dan akhirnya kami minta pulang selepas keadaan sarah nampak macam dah ok. tapi doktor pesa kena datang seperti jadual yang diberikan untuk rawatan.. aku tak pegi pon..hehheheheheh.. Hospital telefon tapi aku tak jawab.. kami cuba berubat kampung. sepanjang rawatan kampung sarah dialaskan dengan daun pisang supaya badan sarah sejuk.. Nak dukung sarah masa tuh amatlah rumit.. nak pegang bahagian belakang tak boleh jadi kena pandai-pandailah pegang.. nak bagi susu pun susah.. memang susah laa keadaan masa tuh.
peristiwa tu menggemparkan satu kampung, " Mak Tengah Kasim jirus cucu dengan air Panas" jadi penuhlah rumah didatangi orang kampung nak tengok sarah..
seminggu selepas tu, luka sarah dah kering dan sarah dibenarkan memakai baju. dan kami akhirnya pulang ke KL dengan kenangan atau sejarah yang tidak dapat dilupakan.
aku tak tahu kenapa sekaranng ni Sarah tak berapa rapat n sukakan nenek dia.. aku dah nasihatkan sarah " jangan buat nenek macam tu, tak baik".. emak aku selalu kata sarah tak suka dia sebab dialah jirus sarah dengan air panas.. ada ker..?
sarah dalam ward, tubuhnya dibalut kemas supaya aku senang mendukungnya.
inilah luka sarah, aku snap dalam report doktor.
masa ni sarah dah discharge wad.. cuba berubat secara kampung.. luka sarah disapu dengan satu jenis minyak.. minyak ni sangat berkesan dan sampai sekarang aku masih lagi simpan stoknya.
luka sarah dan beransur kering.. ngeri tengok masa ni.. nak jaga dia pon sesangatlah sensitip
5 bulan kemudian, parutnya masih ada dan masih jelas kelihatan
aku sapukan sarah dengan vitamin E bagi hilangkan parut dibelaknangnya.. kata orang parut tu akan hilang bila dia besar
dan ini adalah gambar terbaru belakang sarah.. parutnya dah mula nak hilang cuma di bahagian atas masih jelas mungkin luka kat bahagian tu agak serius sikit







4 comments:
My dear friends, thank you for visiting here! The following listed is the detail information ofnike star shoes. If you are interested in buying nike star shoes,warmly welcome you to contact us online around the clock, and we will supply you the top qualitynike star shoes with cheap price & excellent service.
Air Pippen I
Barry Sanders Zoom Turf
Charles Barkley
Dennis Rodman
Huarache 08 BBall
Kevin Garnett
Kobe Bryant
LeBron James
Max Tempo 2 Duke Blue Devils
Nike Air 2 Strong
Nike Air Assault High
Nike Air Bound
Nike Air Darwin
Nike Air Foamposite
Nike Air Force 180
Nike Air Force 25 Supreme
macam nak nangis jer baca cerita kat atas tu..
takziah!
terima kasih en naim.. berat mata memandang berat bahu memikul..hehheh.. semua yang baik itu datang dari allah
sebenarnya bila baca bab melecur nie, saya tak nak baca sampai habis, rasa ngeri jer..xsampai hati..
kalau la saya duduk kat tempat puan siti, xtahu la perasaan saya, xdapat nak dibayangkan....
alhamdulilah dah semakin sembuh..
Post a Comment