14 April 2009

Kisah SUSU

hari ini rasa nak tulis kisah susu-susu yang diminum oleh Sarah.. mungkin boleh dikongsi dengan kawan-kawandan mana-mana pihak yang berkenaan..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sepanjang sarah di lahirkan sehingga sekarang kira banyaklah juga susu yang ditukar mengikut keperluan dan keserasian tubuh badannya.. tetapi yang pastinya sampai umur sarah sekaranag iaitu 1 tahun 4 bulan, sarah masih lagi menyusu badan aku.. syukur alhamdulillah. Susu formula aku sediakan bila sarah berada di rumah pengasuh... kalau aku ni tak kerja aku rasa full time laa breastfeeding.
Umur : mula-mula lahir

susu pertama : susu snow
kalau mengikut perancangan, aku memang nak susu yang pertama dia rasa adalah susu badanku sendiri.. tapi apakan daya.. tuhan tak berapa nak izinkan..sebab masa tu aku dipisahkan dengan anak selepas dia dilahirkan kerana aku terpaksa menjalani pemeriksaan dan rawatan yang lebih terperinci lagi.. jadi aku tak tahu sarah minum susu siapa dan susu apa.. cuma aku dimaklumkan selepas aku siap menjalani rawatan lanjut yang sarah telah diberikan susu.. aku agak susu cap tepung laa tuh..

dalam pantang aku belajar memberi susu badan sepenuhnya, tapi sarah ni lain macam sikit.. dia tak nak dengan susu ibu, dia lebih suka susu tepung.. dia dah boleh beza yang mana susu ibu yang mana susu tepung walaupon dah susu ibu dimasukkan dalam botol.. itulah anak zaman sekarang.

tapi aku tak putus asa.. aku berusaha juga memujuknya.. aku akan ajar, pujuk dia supaya minum susu ibu.. menangis tak ingat dia bila kena paksa..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
umur 5 bulan

masa ni aku dah tukar kepada susu dumex mamex Gold disebabkan masalah kesusahan dan kesulitan untuk mendapatkan bekalan susu snow dipasaran..memang tak dinafikan pada aku sungguh sukar untuk membeli susu ni..yerlaa.. nak tinggal sarah umah pengasuh kenalah ada bekal byk dan bekalan perahan susu ibu juga dibekalkan buat masa itu.
susu dumex mamex goleh ni boleh tahan gak.. ongkosnya tinggi.... tapi taapa.. demi untuk anak.. ibu bapa sanggup cari duit.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
umur 10 bulan


masa ni aku tukar susu lagi.. sebab sarah tak berapa nak minum.. tak suka ker..atau faham sebab kosnya.. tau laaa..hehhehe.. aku tukar ke dumex yang lebih murah sikit iaitu dumex dulac......hehhehehe..ibu tak maksud nak catu-catu yer anakku sayang.. susu ini ok.. sarah minum cuma tak minum banyak.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
umur setahun

atas cadangan rakan-rakan dan adik beradik aku tukarkan susu kepada dutch lady langkah 2. susu ni ok dan harganya pon ok. tapi seperti biasa sarah jarang hisap susu.. dia tak suka susu botol..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
umur setahun 2 bulan
atas cadangan rakan, aku menukar lagi susu formula kepada bebelac.. kata rakanku susu ini rasanya sedap sebab anaknya yang sebaya sarah akan minum sampai habis satu botol. disebabkan atas saranan tu aku membelinya. alhamdulillah sarah suka susu ini.
walaupun dia suka, tapi bila dia bersama aku dia terus hilangkan minat pada susu botol kerana susu idamannya ada depan mata..
Syukur pada allah atas kemurahan rezeki dan kesejahteraan sarah

No comments: