15 April 2009

tarikh lahir dalam bulan islam

inilah dia tarikh lahir SRK :

Bulan kelahiran Islam anda adalah pada 26 Jamadil Awwal 1398 Hijrah iaitu jatuh pada hari Khamis.
Maksud : Bulan pertama musim panas. "Jumada" bermaksud kering.
Sifat : Anda mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Anda berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekad anda itu akan menunjukkan hasil usaha anda, namun begitu boleh mendatangkan kegagalan juga.

tarikh lahir MZJ :

Bulan kelahiran Islam anda adalah pada 13 Rabiul Akhir 1397 Hijrah iaitu jatuh pada hari Ahad.
Maksud : Bulan kedua musim bunga.
Sifat : Mempunyai perwatakan yang jahat dan hati anda tidak tetap. Fikiran dan kemahuan anda yang lemah, buruk nafsu, mempunyai perwatakan yang kasar serta mudah "datang tangan" (nak melempang orang ler tuhh). Kehidupan anda menjadi sukar kerana tabiat buruk anda itu. Ibu bapa anda menempuh kesukaran dalam mendidik anda.

tarikh lahir Cha :

Bulan kelahiran Islam anda adalah pada 11 Zulhijjah 1428 Hijrah iaitu jatuh pada hari Jumaat.
Maksud : Ini adalah bulan suci terakhir dalam setahun dan dilarang melakukan sebarang pertempuran kerana pada bulan ini, haji dilaksanakan. Perkataan tersebut juga mengambil perkataan "haji" sebagai rujukan nama bagi bulan haji ini.
Sifat : Jika anda jahat, anda akan menjadi terlalu jahat. Jika baik, anda akan menjadi terlalu baik. Anda sering mendapat padah hasil dari perbuatan sendiri. Anda sukar mengawal perasaan, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. Oleh kerana anda tidak dapat memberikan garis pemisah, anda sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatan anda itu. Anda seringkali menyesal kerana kurang berhati-hati dan kurang pertimbangan.

apa-apapun semua yang Buruk datang dari Kita dan Yang Baik Itu Datang Dari Allah S.W.T.
Semoga Allah memberkati hidup kami sekeluarga..Amin

1 comment:

Anonymous said...

sy aryani... sy lahir pd 18 november 1988.. sy nk tau sy lahir dlm bln islam,bln ape?