21 December 2009

Selamat Hari Lahir Sarah!

Hari ni 21 Disember 2009, maka diumumkan bahawa genaplah Nur Maysarah Mohd Zainuddin berumur 2 tahun.. emm besar dia... serupa anak dara dah.. dah boleh diharap, diminta tolong, tempat bergurau, tempat mengadu, tempat bermanja dan macam2 lagi.

jadi sempena hari lahir sarah ni,ibu dan ayah sempat ngadakan majlis sambutan hari lahir sarah.. ibu tak jemput ramai sangat.. ibu jemput kenalan rapat sahaja. meriah sungguh majlis tu berlangsung.. ibu tak buat pun majlis tiup lilin kerana ibu kurang berminat dengan acara begitu..ibu tak suka. cuma ibu buatkan sarah pulut kuning ditabur dengan telur berwarna merah dan hijau.. sungguh cantik.. tapi sayang ibu tak berapa pandai masak pulut.. lembek jadinya..kah kah kah... pada majlis tu juga, ibu masak behoon soto, nasi goreng cina (ni ibu nurin masak yer), bbq (macam lauk pauk ada.hehehe) ayah sarah masa tu..alaaaa sibuknya.. ke sana ke sini kerana nak siapkan tempat mengrill bbq tu..pasang khemah..kemas rumah..sapu sampah... sampai sakit-sakit badan.. TQ AYAH!! sarah tak nolong pon.. nolong tengok jer..tolong nangis dan tolong kacau.. taapalaa.. sarah kan puteri kesayangan ayah dan ibu.
inilah menu yang ada masa tu dan menu-menu tambahan.. semua gambar drp mr google..

nasi goreng cina

soto ayam

bbq ayam, ikan, sotong, udang, kerang, hotdog

ibu tak sempat nak upload gambar masa majlis tu kerana ibu tak sempat nak snap gambar..kerana ibu tak lantik/order/bayar jurukamera.. ibu tak ada duit sayang nak bayar profesional cameraman..mahal siottt... maafkan ibu..

dikesempatan ini juga, kami sekeluarga nak ucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Perkawenan Cik Lan dan Cik MIMI (kisah kawen).. usia kita sama sahaja.. Semua kita dipanjang umur dan dimurahkan rezeki.
Untuk Sarah : selamat hari lahir sayang..ibu doakan sarah dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, menjadi anak solehah/berguna untuk agama, bangsa, negara, semoga menjadi anak dara yang baik hati, berbudi pekerti tinggi dan sebagainya.. I LOVE U SAYANG!!! kalau ibu marah-marah tu bukan bererti ibu tak sayang sarah.. kerana sayanglaa ibu marah sarah.

No comments: