17 March 2009

mee banjir udang vs maggi banjir udang

Hai kawan-kawan semua. berjumpa kembali.. dah berkapuk blog tak terupdate..biasalah.. sebabnya.. biasalah.. sebabnya... Penyakit M telah melanda..

Korang semua tau kan musim kat KL sekarang ni.. tetiba ajer ribut taupan bleh melanda.. tetiba cuaca bertukar menjadi cerah bersegar... tetiba gelap ditengah-tengah hari, dan sekarang cuaca sering hujan dengan lebatnya bila menjelang sebelah petang... jadi stok baju yang tak berbasuh di rumah ku maka bertambah berbakul-bakul.. nampak ganya nak kena beli extra bakul lak nanti.. Baju kami sefamily terpaksa didobi pada hujung minggu memandangkan keadaan tempat jemuran yang tak berapa nak berteduh, hujan sikit dah tempias kebasahan baju dijemuran. nak tak nak kena tukar jadual membasuh.

jadinya, bila petang ajer hujan membasahi bumi, maka dengan sendirinya perut kita akn berkeroncong kelaparan.. teringat zaman musim bah / banjir dikampung-kampung dulu.. makan ubi kayu rebus, ubi badak, ubi keling rebus..sedap hingga menjilat jari.. sedap tak terkata.. syukur degan nikmat Allah... berbalik pada cerita tadi, aku dengan lekasnya terus masuk dapur masak maggi banjir udang...kah kah kah.. aku kata kat en din, aku nak lawan mee banjir udang kat kuala sepetang tuh... meh kita tengok apa beza kedua-dua resepi itu : jom kawan2


hah, inilah dia mee banjir udang Mak teh di Kuala Sepetang, gambar ini ku cilok dari blos shila. resepi ni dah glamer dah.. dah mula masuk rancangan TV2 di Malaysia dah antaranya Majalah 3, astro (aku lupa rancangan tu tapi dikelolai oleh azrul raja lawak 2.. oraaaaiiit)




hah, inilah dia hasil maggi banjir udang Mak Ct.. bukan setakat udang jer banjir, dibanjiri juga dengan minyak.. kah kah... tapi sedap. tak tipu weh.. habis licin kami sapu. selamat menjamu selera..

2 comments:

Anonymous said...

megi 4 5 urat jass..udang lagi banyak,,ratah ude jo la

siti818 said...

alorrr... sebab tu laa nama dia megi banjir udang.. lepas ni nak buat megi banjir sotong lak.... kang lepas ni nak g candat sotong